Sinner tarik diri Shanghai Masters 

Sinner tarik diri Shanghai Masters 

JANNIK Sinner terpaksa melupakan impian mempertahankan kejuaraan Shanghai Masters.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: Hasrat pemain No.2 dunia, Jannik Sinner untuk mempertahankan kejuaraan tenis Shanghai Masters berakhir dengan cara paling menyakitkan.

Bintang Itali itu terpaksa menarik diri pada pertengahan aksi pusingan ketiga menentang Tallon Griekspoor akibat kekejangan otot paha.

Sinner  mula menunjukkan tanda keletihan pada set kedua sebelum kekejangan semakin teruk dalam suasana lembap di gelanggang. 

Ketika Griekspoor mendahului 6-7(3), 7-5, 3-2, Sinner akhirnya terpaksa menarik diri selepas lebih dua jam setengah beraksi.

“Ini bukan cara yang saya mahu menang. Keadaan di Shanghai memang mencabar minggu ini,” kata Griekspoor.

Griekspoor yang sebelum ini tewas dalam enam pertemuan menentang Sinner turut berharap pemain sensasi Itali itu segera sembuh.

“Saya doakan dia cepat sembuh. Kami bermain dengan baik, tapi keadaan fizikal dia nampak sangat terjejas,” katanya.

Sinner tidak selesa pada penghujung set kedua, beberapa kali dilihat meletakkan tuala ais di leher dan mengurut pahanya sebelum akhirnya tidak mampu meneruskan permainan.

Penarikan diri itu sekaligus menamatkan peluang Sinner untuk mengekalkan kejuaraan yang dimenanginya pada tahun lalu.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN