Setem cukai digital bantu banteras aktiviti pemalsuan

Setem cukai digital bantu banteras aktiviti pemalsuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Inisiatif memperkenalkan setem cukai digital dengan ciri keselamatan mampu membanteras aktiviti pemalsuan selain meningkatkan kutipan hasil negara.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Anis Rizana Mohd. Zanudin berkata, langkah tersebut mencerminkan komitmen kerajaan memperkukuh sistem percukaian negara serta memastikan hasil negara terpelihara daripada ketirisan.

“JKDM berterima kasih kepada kerajaan kerana mempertimbangkan permohonan jabatan ini dan meluluskan peruntukan dalam Belanjawan 2026. 

“Peruntukan sebanyak RM700 juta bagi mempertingkatkan penguatkuasaan melalui latihan dan perolehan aset kepada agensi penguatkuasaan termasuk JKDM akan dimanfaatkan secara optimum dan berimpak tinggi,” katanya dalam kenyataaN.

Beliau berkata, inisiatif Pusat Kawalan Rakaman Kamera Litar Tertutup turut dialu-alukan kerana ia membolehkan pemantauan pergerakan kontena di pelabuhan dilakukan secara masa nyata dari pusat kawalan, sekaligus membantu menangani ketirisan di pintu masuk negara.

Menurutnya, JKDM akan memastikan segala peruntukan yang disalurkan digunakan dengan penuh ketelusan, kecekapan dan profesionalisme bagi memperkukuh pematuhan undang-undang serta membanteras penyeludupan yang mengancam keselamatan dan ekonomi negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN