PETALING JAYA: Kesemua sembilan delegasi Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Israel selepas menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) disahkan telah dibebaskan dan dijangka tiba di Istanbul, Turkiye sekitar pukul 7.30 malam ini waktu tempatan. Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, pengesahan rasmi mengenai perkara itu diterima daripada Wisma Putra petang ini. Menurutnya, pihak MyCARE juga telah menghantar…