BALING: Seorang mangsa banjir terkilan apabila gambar rumahnya yang ditenggelami air baru-baru ini disalahgunakan oleh individu tidak bertanggungjawab di media sosial bagi meraih simpati orang ramai. Nor Amirah Abdul Muin, 39, berkata, dia dimaklumkan jirannya mengenai satu hantaran di Facebook yang memaparkan gambar rumahnya digenangi air bersama kapsyen seolah-olah meminta bantuan kewangan. “Individu itu tidak tulis secara terang meminta derma, tetapi ayat yang digunakan nampak seperti hendak raih simpati. Dalam…










