KOTA KINABALU: “Sabah kini benar-benar diarusperdanakan dalam pembangunan Malaysia,” kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor ketika diminta mengulas Belanjawan 2026 yang dibentangkan semalam. Hajiji menyifatkan peruntukan untuk Sabah berjumlah RM6.9 bilion akan memberi manfaat besar kepada negeri ini. Katanya, belanjawan itu bukan sekadar angka, ia adalah hasil daripada kestabilan politik Sabah dan keyakinan Kerajaan Persekutuan terhadap kepimpinan negeri. “Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri yang telah membentangkan belanjawan…