PETALING JAYA: Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) memohon maaf atas kesilapan yang berlaku dalam siaran langsung sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 dan sidang-sidang berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Menerusi satu kenyataan, RTM berkata, hasil siasatan dalaman mendapati berlaku kesilapan oleh pengulas siaran yang telah menyebut nama Presiden Indonesia sebagai Joko Widodo, sedangkan Presiden negara itu kini ialah Prabowo Subianto. “Pihak RTM memandang serius perkara ini dan tindakan sewajarnya telah…










