KOTA TINGGI: Rokok dipercayai diseludup dijumpai dalam salah sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Kilometeri 56 Lebuhraya Senai-Desaru yang meragut tiga nyawa pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kota Tinggi menerima maklumat kemalangan itu pada pukul 11.45 pagi melibatkan tiga kenderaan dan tiga individu maut. Katanya kereta terbabit adalah sebuah Honda CRV dipandu perempuan warga tempatan berusia 25…