PETALING JAYA: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM700 juta untuk merancakkan sektor pelancongan negara sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026. Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak RM500 juta daripadanya adalah untuk digunakan untuk menjayakan Kempen TMM 2026. Katanya, RM60 juta pula didanakan bagi menggalakkan promosi, pemasaran dan penganjuran acara pelancongan serta aktiviti kebudayaan dan RM50 juta untuk menyokong pengusaha seni dan warisan menjana pendapatan seperti penggiat karya kraf, batik serta…