PETALING JAYA: Kerajaan terus menunjukkan komitmen membela nasib pesawah apabila menyediakan subsidi pertanian tertinggi dalam sejarah negara berjumlah RM2.62 bilion pada 2026. Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah itu merangkumi pelbagai bentuk subsidi dan bantuan khusus kepada pesawah, termasuk subsidi harga padi, subsidi tanaman padi, subsidi baja, subsidi benih serta insentif pengeluaran padi. “Kerajaan Madani kekal komited memastikan kesejahteraan pesawah terus dijaga dan hasil pertanian negara berada pada…










