PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Sarawak meskipun ujian makmal mengesahkan mangsa dijangkiti Influenza A. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, komplikasi utama yang dialami mangsa ialah radang otak (ensefalitis), namun keadaan itu juga boleh berpunca daripada pelbagai jenis virus lain. “Ujian makmal menunjukkan positif Influenza A, tetapi komplikasi utamanya adalah radang otak…