MELAKA: Sebuah premis menjual daging sejuk beku import di Ayer Keroh di sini menggunakan perkataan halal pada papan tanda perniagaan, meskipun tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, Dr. Mohd Hazimin Jamaludin berkata, premis berkenaan hanya menjual produk yang diimport dari Jepun dan Australia yang mempunyai sijil halal dari negara asal masing-masing. “Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pernah menegur…









