PETALING JAYA: Kerajaan mengumumkan peningkatan ketara kadar insentif pembajakan dan insentif racun kepada pesawah bagi membantu mengurangkan beban kos operasi pertanian serta meningkatkan hasil pengeluaran padi negara. Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar insentif pembajakan dinaikkan kepada RM160 sehektar semusim, manakala insentif racun meningkat kepada RM300 sehektar semusim bermula tahun ini. “Selain itu, kerajaan turut memperkenalkan Insentif Penuaian Padi sebanyak RM50 sehektar semusim bagi menampung penggunaan diesel untuk…