KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membentangkan Belanjawan 2026 minggu depan dengan tumpuan utama merangkumi agenda pembaharuan dalam sektor perumahan, pendidikan serta kesihatan, selaras Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, belanjawan yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Oktober ini merupakan belanjawan pertama di bawah RMK13. “Fokus belanjawan ini digarap berasaskan RMK13 dan kerangka ekonomi Madani. “Antara agenda yang akan dibawa…