BATU PAHAT: Walaupun hanya 10 saat berlaku, kejadian angin kuat yang melanda Parit Lapis Mahang, Senggarang dekat sini petang semalam tetap mencemaskan penduduk apabila kediaman masing-masing turut rosak. Seorang penduduk, Jasni Sapuan, 54, berkata, atap garaj serta bumbung bahagian ruang tamu rumahnya turut ‘diterbangkan’ angin. Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.15 petang bermula dengan hujan renyai-renyai sebelum secara tiba-tiba angin datang dengan kuat bersama air hujan. “Apabila berada dalam rumah,…