Pelepasan cukai sehingga RM1,000 abrara empat inisiatif sektor pelancongan

Pelepasan cukai sehingga RM1,000 abrara empat inisiatif sektor pelancongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan bercadang menyediakan empat insentif cukai bagi sektor pelancongan dan kebudayaan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif pertama adalah pengusaha projek pelancongan yang melakukan ubah suai dan pembaharuan premis perniagaan diberi potongan cukai atas perbelanjaan layak yang dilakukan terhad sehingga RM500 ribu.

Kedua, katanya, syarikat pengendali pelancongan diberi pengecualian cukai pendapatan bersamaan 100 peratus ke atas nilai peningkatan pendapatan daripada pakej pelancongan ke Malaysia.

“Ketiga, syarikat, persatuan atau organisasi yang menganjurkan persidangan, pameran perdagangan atau Insentif bertaraf antarabangsa diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus ke atas pendapatan berkanun.

“Terakhir, syarikat penganjur aktiviti kesenian, kebudayaan, pelancongan serta pertandingan sukan dan rekreasi bertaraf antarabangsa yang melibatkan peserta asing diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 50 peratus ke atas pendapatan berkanun,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 diberikan atas perbelanjaan bayaran fi kemasukan ke pusat pelancongan tempatan dan program kebudayaan.

“Ia bagi menggalakkan rakyat melancong dalam negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN