PETALING JAYA: Kerajaan perlu memastikan pelaksanaan Belanjawan 2026 dilakukan secara telus, tersusun dan berkesan supaya manfaatnya sampai kepada usahawan bumiputera di semua peringkat. Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Mohd. Azamanizam Baharon berkata, Belanjawan 2026 dilihat mampu memperkukuh agenda ekonomi bumiputera. “Belanjawan itu bukan sekadar angka besar di atas kertas, sebaliknya membawa makna strategik sebagai tonggak pertama pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan penanda aras kepada pencapaian bumiputera…