Pearly Thinaah juara Terbuka Arctic

Pearly Thinaah juara Terbuka Arctic

PEARLY Tan-M. Thinaah merangkul gelaran kedua, musim ini, selepas menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Arctic di Vantaa, Finland.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu wanita No. 2 dunia, Pearly Tan-M. Thinaah merangkul gelaran kedua, musim ini, selepas menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Arctic di Vantaa, Finland, hari ini.

Gandingan No. 1 Malaysia itu melakar kemenangan straight set ke atas pasangan No. 6 dunia, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dari Jepun 21-7, 21-9 dalam masa 32 minit pada perlawanan akhir di Vantaan Energia Areena.

Selaku juara membolehkan Pearly-Thinaah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$37,525 (RM158,543) beserta pingat emas.

Ini merupakan final kedua berturut-turut Pearly-Thinaah pada kejohanan berstatus Super 500 itu, selepas edisi 2024 mereka tewas ditangan seteru ketat, Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China.

Kemenangan ke atas Iwanaga-Nakanishi, hari ini, turut menyaksikan rekod pertemuan antara kedua-dua beregu kini semakin melebar berpihak kepada Pearly-Thinaah menjadi 6-2.

Pearly-Thinaah yang berjaya menjejakkan kaki ke perlawanan akhir buat kali kelima, tahun ini, mendakap gelaran pertama bagi musim 2025 pada Terbuka Thailand, Mei lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN