PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyifatkan pembentangan Belanjawan 2026 bukan sekadar dokumen fiskal, sebaliknya iltizam kerajaan dalam memperkukuh keselamatan negara serta memperkasa kebajikan warga pasukan keselamatan. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail merakamkan setinggi penghargaan kepada kerajaan atas keprihatinan serta komitmen berterusan yang dizahirkan melalui pengumuman Belanjawan 2026. Katanya, pengumuman peruntukan sebanyak RM21.2 bilion untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencerminkan tekad padu kepimpinan negara untuk menjadikan Malaysia…









