Pasukan STAR bukti pembaharuan tatakelola dilaksana segera tanpa lantik perunding luar

Pasukan STAR bukti pembaharuan tatakelola dilaksana segera tanpa lantik perunding luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) membuktikan pembaharuan tatakelola dapat dilaksanakan segera tanpa perlu melantik perunding luar.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, agenda reformasi yang digerakkan berjaya menyelaras lebih 1,000 projek atau program dan yang paling utama dapat menjimatkan kos pematuhan sehingga RM1.1 bilion.

Katanya, perkara itu melayakkan negara melonjak 11 anak tangga dalam Indeks Daya Saing Dunia.

“Pasukan STAR menerima RM25 juta untuk menumpukan usaha pendigitalan menyeluruh dalam urusan rakyat selain mempercepat pembangunan infrastruktur dan inovasi baharu,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN