PETALING JAYA: Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) membuktikan pembaharuan tatakelola dapat dilaksanakan segera tanpa perlu melantik perunding luar. Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, agenda reformasi yang digerakkan berjaya menyelaras lebih 1,000 projek atau program dan yang paling utama dapat menjimatkan kos pematuhan sehingga RM1.1 bilion. Katanya, perkara itu melayakkan negara melonjak 11 anak tangga dalam Indeks Daya Saing Dunia. “Pasukan STAR menerima RM25 juta untuk menumpukan usaha…