Pacquiao dilantik Naib Presiden IBA

Pacquiao dilantik Naib Presiden IBA

MANNY PACQUIAO - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Legenda tinju Filipina, Manny Pacquiao, terus mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Naib Presiden Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA). 

Sebelum ini, badan induk sukan itu kini digantung daripada menyelia acara tinju di Sukan Olimpik.

Pelantikan itu diumumkan selepas mesyuarat IBA di Manila, dengan Pacquiao akan bergandingan bersama Presiden IBA, Umar Kremlev yang dikaitkan dengan Kremlin, bagi memperkasa program berpaksikan atlet dan memperluas peluang kepada peninju di seluruh dunia.

“IBA kini melangkah ke era keemasan, era di mana setiap petinju dari mana-mana negara mampu bermimpi, berjuang dan berjaya di atas landasan yang sama rata,” ujar Pacquiao dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan komitmennya untuk memastikan tiada bakat muda yang tersisih.

“Saya bangga menjadi sebahagian daripada misi ini untuk memastikan tiada petinju muda tercicir, tiada juara dilupakan dan tiada negara disisihkan,” katanya.

IBA, yang dahulunya dikenali sebagai AIBA, pernah menjadi penganjur rasmi acara tinju di Sukan Olimpik. 

Namun, selepas beberapa siri teguran berhubung isu kewangan, tadbir urus dan integriti, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) akhirnya menggantung badan itu menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2021. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN