PORT DICKSON: Golongan nelayan di daerah ini lega apabila elaun sara hidup nelayan sehingga RM300 sebulan dikekalkan dalam Belanjawan 2026 seperti yang diumumkan semalam. Salah seorang nelayan, Muhammad Zulfiqar Hazim, 31, dari Kampung Paya di sini berkata, bantuan berkenaan selama ini telah banyak membantu bagi menampung keperluan kos hidup bagi menyara ibu, isteri serta seorang anak yang masih kecil. “Pekerjaan nelayan ini penting kerana tanpa mereka turun ke laut, bekalan…