PETALING JAYA: Situasi banjir di beberapa negeri menunjukkan tanda pemulihan apabila jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) semakin menurun hari ini. Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat jam 12.30 tengah hari, seramai 2,724 mangsa masih berlindung di 23 PPS di seluruh negara. Di Kedah, sepuluh PPS masih beroperasi menempatkan 1,684 mangsa daripada 481 keluarga melibatkan daerah Kota Setar, Kulim, Pendang, Kubang Pasu, Padang Terap dan Pokok…










