KOTA TINGGI: Minat mendalam dalam bidang seni bina menjadi pembakar semangat bagi Maahirah Aliyyah Ali, 21, sehingga dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pingat Emas Menteri Besar Johor sempena Majlis Konvokesyen Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) Ke-26, di sini hari ini. Graduan Diploma Senibina yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.88 dan menerima Anugerah Dekan selama lima semester berturut-turut juga bercita-cita menjadi seorang arkitek suatu hari nanti. “Majoriti arkitek di negara ini…