MELAKA: Seorang lelaki warga Mesir direman empat hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini selepas disyaki memukul, mencekik dan mengugut bunuh isterinya yang juga cucu kepada seorang kerabat diraja dalam kejadian di sebuah hotel di Banda Hilir di sini, semalam. Perintah reman terhadap suspek berusia 48 tahun itu dikeluarkan Majistret, N. Sivashangari bermula hari ini hingga 8 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan…