MIRI: Seorang lelaki warga Indonesia meninggal dunia selepas disambar buaya di tebing sungai berdekatan sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Persisir Pantai Miri-Bintulu, semalam. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 47 tahun bersama dua lagi rakannya sedang menimba air untuk diisi ke dalam tong racun di tebing sungai berkenaan. “Menurut saksi yang juga rakan mangsa pada masa kejadian, semasa disambar buaya mangsa sempat…







