PETALING JAYA: Kes jangkitan Influenza pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara menurun daripada 2,724 kes kepada 1,290 kes. Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, namun pengajaran dan pembelajaran dalam talian tetap diteruskan bagi memutuskan rantaian jangkitan kes. “Alhamdulillah, nampak trend penurunan kes jangkitan Influenza dari 2,724 kepada 1,290 pelajar MRSM seluruh Malaysia. “Pembelajaran dan pengajaran dalam talian akan terus dilaksanakan di 34 MRSM sehingga diputuskan…