Kerajaan komited pastikan KAFA tidak ketinggalan arus semasa

Kerajaan komited pastikan KAFA tidak ketinggalan arus semasa

ZULKIFLI HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan untuk memastikan sekolah Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) kekal relevan dan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan pendidikan negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hassanlah  berkata, pengukuhan sistem pendidikan Islam melalui pendekatan yang realistik, inklusif dan mampan termasuk menerusi KAFA terus diberikan keutamaan.

Menurutnya, langkah itu penting bagi memastikan murid-murid KAFA mendapat pendidikan yang selaras dengan perubahan semasa, termasuk dalam aspek digitalisasi dan pembangunan kemahiran abad ke-21.

“Kerajaan sentiasa menitikberatkan usaha memperkukuh pendidikan KAFA agar tidak ketinggalan dalam arus digital namun pelaksanaannya perlu dilakukan secara berperingkat,” katanya.

Dr. Zulkifli berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Dr. Mohammed Taufiq Johari (PH–Sungai Petani) pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, selain penyelarasan silibus dan peningkatan infrastruktur, kerajaan turut memberi tumpuan kepada peningkatan kecekapan tenaga pengajar KAFA di seluruh negara.

Katanya, guru-guru KAFA diberi latihan intensif secara berperingkat dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi memperkukuh kaedah pengajaran serta penerapan penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran.

“Langkah ini penting untuk memastikan tenaga pengajar KAFA lebih bersedia menghadapi keperluan pendidikan Islam moden dan mampu membimbing pelajar seiring kemajuan semasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN