PETALING JAYA: Jumlah mangsa banjir di tiga negeri terus menunjukkan penurunan kepada 5,829 orang setakat pukul 12.30 tengah hari ini, dengan 47 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi. Tiga negeri terjejas ialah Perak, Kedah dan Pulau Pinang melibatkan 1,797 keluarga yang ditempatkan di PPS sejak 23 Oktober lalu. Menurut laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Perak kekal merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 2,496 orang daripada 846 keluarga di…










