PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju supaya had pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan menunaikan ibadah Haji ditingkatkan kepada RM10,000. Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, had pengeluaran itu meningkat sebanyak RM7,000 berbanding RM3,000 yang dibenarkan sebelum ini. “Untuk penjawat awam, kemudahan pengeluaran awal GCR diperluas bagi tujuan menunaikan Haji terhad kepada penebusan RM10 ribu dengan peruntukan RM10 juta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini.…