PETALING JAYA: Syarikat berkaitan kerajaan (GLIC) terus memangkin pelaburan domestik. Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, GLIC melalui ikhtiar GEAR-uP meningkatkan pelaburan dalam negara kepada RM30 billion, berbanding RM25 bilion tahun ini. Katanya, bagi memacu pengembangan sektor strategik, pelaburan GLIC akan menyokong syarikat atau pasaran tempatan di peringkat pertumbuhan. “Umpamanya, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) menyediakan RM1.2 bilion Dana Pemacu bagi membuat pelaburan bersama dengan pengurus dana swasta (co-GP)…