Gate juara peringkat akhir LTDL 2025

Gate juara peringkat akhir LTDL 2025

PELUMBA pasukan XDS Astana, Aaron Gate meraikan kemenangan peringkat terakhir Le Tour De Langkawi(LTDL) 2025 selepas cemerlang melakukan kayuhan bertenaga sepanjang 108.2km dari Tangkak ke Kuala Lumpur, semalam-UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelumba XDS Astana, Aaron Gate, membuktikan ketangkasannya apabila menjuarai peringkat kelapan perlumbaan sejauh 180.2 kilometer dengan catatan masa 3 jam 50 minit 5 saat, sekali gus mengetepikan cabaran sengit daripada dua pencabarnya sebentar tadi.

Gate menewaskan Aivaras Mikutis dari pasukan Tudor Pro Cycling yang menamatkan saingan di tempat kedua, manakala Nil Gimeno (Equipo Kern Pharma) melengkapkan kedudukan podium di tempat ketiga.

Dalam kategori Jersi Jingga (Raja Pecut), pelumba Uno X Mobility, Erlend Blikra, dinobatkan selaku pelumba paling konsisten apabila mengumpul 63 mata, meninggalkan De Kleijn (51 mata) dan Manuel Penalver Aniorte (Team Polti VisitMalta, 43 mata).

Saingan Raja Bukit pula menyaksikan Patrick Eddy (Team Picnic PostNL) menggengam Jersi Polka Dot diikut rapat Jambaljamts Sainbayar (Burgos Burpellet BH) yang berkongsi 15 mata, sementara tempat ketiga milik Nil Gimeno dengan 13 mata.

Bagi Jersi Putih selaku pelumba Terbaik Asia, Nicolas Vinoukorov (XDS Astana) muncul terbaik dengan catatan 27:17:49s, mengatasi Thanakhan Chaiyasombat (Thailand Continental Cycling) dan Sainbayar yang berada di tempat ketiga.

Sementara itu, Team Polti VisitMalta dinobatkan sebagai Pasukan Terbaik Keseluruhan dengan masa 81:53:46s, menewaskan Unibet Tietema Rockets (81:54:39s) dan Burgos Burpellet BH (81:55:28s).-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN