Doa dimakbulkan satu nikmat besar

Doa dimakbulkan satu nikmat besar

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Doa dimakbulkan satu nikmat besar

SOALAN
Adakah berdosa jika apa yang saya doakan akhirnya dikabulkan kemudian dengan sengaja saya memberitahu pada seseorang yang Allah kabulkan doa saya itu. Adakah saya riak?

Ingin tahu
Arau, Perlis

JAWAPAN
Sesuatu doa yang Allah kabulkan adalah satu nikmat yang besar yang patut kita syukuri. Sekiranya kita memberitahu kawan kita atas niat yang baik maka ia tidak mengapa.
Ada pun sekiranya pemberitahuan itu dilakukan dengan perasaan ujub maka ia adalah satu kesalahan yang mengundang dosa.

Semua mazhab dalam Islam ikut sunah nabi

SOALAN
Adakah dalam semua mazhab, sunah nabi memang wajib diamalkan atau ada kategori sunah tertentu sahaja?

Fadil Umar
Kuala Kurau, Perak

JAWAPAN
Semua mazhab dalam Islam mengikut sunah namun mungkin terdapat khilaf dalam darjat sunah itu seperti wajib, digalakkan atau harus.

Terima bantuan bukan Islam

SOALAN
Saya seorang ibu tunggal kepada empat orang anak. Bolehkah saya menerima bantuan daripada pertubuhan bukan Islam (NGO) atau gerakan bukan Islam yang menawarkan bantuan? Sebab, adakalanya saya sangsi niat mereka mahu bantu saya.

Faridah
Temenggor

JAWAPAN
Boleh menerima bantuan daripada orang bukan Islam selama mana pengurusan bantuan berkenaan tidak bercanggah dengan syariah agama kita.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN