PETALING JAYA: Kerajaan akan memperkenalkan cukai karbon mulai tahun hadapan sebagai langkah awal ke arah ekonomi rendah karbon dengan tumpuan utama kepada sektor besi, keluli dan tenaga. Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan cukai itu bertujuan memastikan kelestarian alam sekitar dan menggalakkan industri berintensiti tinggi karbon beralih kepada amalan pengeluaran lebih hijau serta lestari. “Bagi memastikan kecekapan pelaksanaan Cukai Karbon, mekanismenya akan turut diselaras dengan Dasar Pasaran Karbon…










