Cap Kaki Tiga taja skuad sofbol lelaki negara ke Sukan SEA

Cap Kaki Tiga taja skuad sofbol lelaki negara ke Sukan SEA

Anthony Woon, Chris Lim dan Willeam Mah bersama skuad sofbol lelaki negara yang akan mewakili Malaysia pada Sukan SEA ke-33 di Bangkok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad sofbol lelaki negara mendapat suntikan semangat apabila menerima tajaan rasmi daripada jenama Cap Kaki Tiga menjelang Sukan SEA ke-33 di Bangkok, Thailand.

Penajaan oleh Wen Ken Group itu melibatkan sumbangan kewangan berjumlah RM50,000 selain logo syarikat tersebut akan terpampang pada jersi rasmi pasukan sepanjang kejohanan.

Acara sofbol bakal berlangsung di Rajamangala University of Technology, Thanyaburi, Pathum Thani sekali gus menjadi pentas penting buat skuad negara membuktikan kemampuan di peringkat rantau.

Pengarah Perniagaan Kumpulan Wen Ken, Chris Lim, berkata tajaan itu mencerminkan komitmen syarikat dalam menyokong atlet negara di pentas serantau.

“Kami berbangga dapat menyokong atlet berbakat dan penuh semangat ini, selari dengan misi syarikat untuk kembali menyumbang kepada komuniti,” kata Chris.

Kerjasama ini turut merangkumi kandungan media sosial menarik termasuk rakaman di sebalik tabir latihan serta detik pemain mempamerkan aksi penuh tenaga bersama produk Cap Kaki Tiga.

Peminat boleh menyaksikan pelancaran jersi dan kelengkapan baharu pasukan yang memaparkan logo Cap Kaki Tiga ketika temasya bermula bulan depan.

Dengan sejarah lebih 80 tahun dalam bidang perubatan tradisional dan produk kesihatan, Wen Ken Group melihat penajaan ini sebagai usaha memperkasa atlet serta memupuk semangat kesukanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN