PETALING JAYA: Belanjawan 2026 yang memberi tumpuan terhadap automasi, inovasi dan kemampanan industri sawit negara dapat memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju global minyak sawit mampan. Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, langkah-langkah yang diumumkan dalam belanjawan kali ini mencerminkan kesungguhan kerajaan memastikan kelangsungan serta daya saing sektor strategik tersebut. Katanya, belanjawan kali ini juga memperkukuh komitmen kerajaan terhadap industri sawit sebagai sektor…