PETALING JAYA: Kementerian Kerja Raya (KKR) akan terus melaksanakan inisiatif penyelenggaraan dan pembaikan jalan di seluruh negara melalui Program MyJalan, sejajar dengan peruntukan Belanjawan 2026. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, keselamatan pengguna jalan raya menjadi keutamaan kementerian. “Usaha membaik pulih dan menyelenggara prasarana jalan perlu dilaksanakan segera kerana ia melibatkan keselamatan nyawa,” katanya dalam kenyataan. Menurutnya, Program MYJALAN menerima peruntukan RM2.5 bilion bagi penyelenggaraan Jalan Persekutuan. …