Belanjawan 2026: Berita baik M40, Anwar tunjuk isyarat bagus

Belanjawan 2026: Berita baik M40, Anwar tunjuk isyarat bagus

ANWAR Ibrahim ketika meninggalkan Kementerian Kewangan (MoF) pada pukul 3.30 petang menuju ke Parlimen bagi membentangkan Belanjawan 2026.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Debaran menanti apakah habuan yang bakal diterima lebih 30 juta rakyat sebaik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Kementerian Kewangan (MoF) pada pukul 3.30 petang menuju ke Parlimen bagi membentangkan Belanjawan 2026.

Berwajah ceria dan segak berbaju Melayu berona biru muda lengkap bersampin dan berkasut, tumpuan seluruh rakyat apakah intipati belanjawan kali ini yang akan dibentangkan tepat pukul 4 petang.

Sebelum itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menyertai bacaan doa yang diketuai
Pegawai Hal Ehwal Islam (Pengukuhan) Unit Integriti, MOF, Muhamad Fierdauss Rosli di lobi utama Perbendaharaan.

Ketika ditanya sama ada Belanjawan negara kali ini ada memberikan berita baik kepada golongan M40, beliau hanya menunjukkan tanda bagus sambil tersenyum.

Yang turut hadir, Menteri Kewangan II; Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Timbalan Menteri; Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan; Datuk Johan Mahmood Merican.

Belanjawan 2026 dengan tema ‘Memacu Ekonomi MADANI, Memperkasa Rakyat’ menggambarkan cerminan keutamaan kerajaan dan hala tuju negara bagi tahun mendatang yang akan menggabungkan elemen utama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN