ALOR SETAR: Persediaan rapi dilakukan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi memastikan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat dijalankan seperti dijadualkan meskipun beberapa negeri dijangka berdepan musim banjir dalam tempoh peperiksaan itu. KPM dalam kenyataan memaklumkan, langkah kesiapsiagaan turut merangkumi pelan tindakan bagi menghadapi kemungkinan banjir di kawasan berisiko tinggi, termasuk daerah dan sekolah yang sering terjejas setiap kali musim tengkujuh. “KPM berusaha memastikan kesiapsiagaan menghadapi bencana berada pada tahap terbaik dan…










