Azryin-Wee Kiong kejutkan beregu No. 1 dunia

Azryin-Wee Kiong kejutkan beregu No. 1 dunia

BEREGU lelaki negara, Nur Muhd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong yang menghuni ranking ke-24 dunia itu melakar kemenangan straight set ke atas juara dunia dari Korea Selatan 21-19, 21-14 dalam masa 36 minit di Jyske Bank Arena.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu profesional negara, Nur Mohd Azriyn Ayub Azriyn-Tan Wee Kiong mencipta kejutan besar selepas membenam pasangan No. 1 dunia, Kim Won Ho-Seo Seung Jae pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Denmark di Odense, Denmark, hari ini.

Gandingan veteran yang menghuni ranking ke-24 dunia itu melakar kemenangan straight set ke atas juara dunia dari Korea Selatan 21-19, 21-14 dalam masa 36 minit di Jyske Bank Arena.

Kejayaan itu bakal menemukan Azryin-Wee Kiong sama ada dengan wakil China, Liang Wei Keng-Wang Chang ataupun Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dari Indonesia di suku akhir, esok.

Wee Kiong berkata, dia gembira berjaya meraih kemenangan ke atas beregu Korea Selatan yang cukup terkenal dengan rentak permainan yang laju.

“Jadi, kami cuma fokus kepada diri sendiri dan permainan kami.

“Tentang strategi pula, kami cuba ikut rentak permainan mereka yang laju dan lawan pun tak menjangkakan kami berjaya melakukannya,” katanya ketika ditemu bual oleh wakil Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas perlawanan berakhir.

Ketika ditanya pula tentang rahsia masih aktif bermain walaupun usia sudah menginjak 36 tahun, Wee Kiong berkata, dia tidak pernah memikirkan soal umur dan mereka hadir pada Terbuka Denmark juga tanpa sebarang sasaran.

“Kami cuba untuk capai sesuatu tanpa memikir usia kami dan memandangkan kami wakil tunggal Malaysia dalam beregu lelaki, jadi, kami akan cuba berjuang untuk negara,” katanya.

Sementara itu, dalam acara beregu campuran, pasangan No. 9 dunia, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai turut mara ke suku akhir selepas menewaskan gandingan Jepun, Yuichi Shimogami-Sayaka Hobara 21-13, 21-18 dalam masa 37 minit.

Pada peringkat seterusnya, esok, pasangan suami isteri itu dijangka berdepan sama ada rakan senegara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei atau beregu China, Gao Jia Xuan-Wu Meng Ying. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN