Arsenal didenda RM3.9 Juta

Arsenal didenda RM3.9 Juta

The Gunners tidak menyediakan sepenuhnya kuota 9,000 tiket kepada penyokong pelawat seperti yang ditetapkan dalam peraturan pertandingan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal berdepan denda tertangguh sebanyak 500,000 pound  (RM3.9 juta) selepas didapati gagal mematuhi peraturan penjualan tiket ketika aksi pusingan ketiga Piala FA menentang Manchester United di Stadium Emirates, Januari lalu.

Persatuan Bolasepak England (FA) dalam kenyataannya semalam menegaskan, The Gunners tidak menyediakan sepenuhnya kuota 9,000 tiket kepada penyokong pelawat seperti yang ditetapkan dalam peraturan pertandingan.

Sebaliknya, laporan media Britain mendedahkan Arsenal hanya memperuntukkan sekitar 8,000 tiket kepada penyokong United atas faktor keselamatan di stadium.

“Denda ini ditangguhkan sementara menunggu pengesahan Arsenal FC bahawa kelab berupaya mematuhi peraturan tersebut bagi pusingan ketiga Piala FA musim 2025-26 serta mana-mana peringkat seterusnya,” jelas FA.

Dalam perlawanan yang berlangsung pada 12 Januari lalu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 sebelum Arsenal tewas menerusi penentuan sepakan penalti.

Langkah FA itu dilihat sebagai amaran keras kepada kelab elit Liga Perdana agar tidak sewenang-wenangnya mengetepikan hak penyokong lawan atas alasan keselamatan semata-mata.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN