Anggota polis hilang sejak empat hari lalu

Anggota polis hilang sejak empat hari lalu

MOHD. Fadhil Mohamed@Ahadiah dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Seorang anggota polis lelaki dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi oleh ahli keluarganya, sejak Rabu lalu.

Laporan kehilangan diterima pada 16 Oktober lalu kira-kira pukul 9.15 malam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, orang hilang dikenali sebagai Mohd. Fadhil Mohamed@Ahadiah kali terakhir dilihat berada di rumahnya di Kuarters IPD Subang Jaya, Jalan USJ 8 pada 15 Oktober 2025.

“Individu berusia 40 tahun ini dipercayai keluar dengan memandu sebuah kereta Proton Saga hitam bernombor pendaftaran WC 8024 K,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa mempunyai ketinggian 167 sentimeter, berat 85 kilogram, berkulit coklat, berambut pendek, berhidung lebar, bermata sepet dan bermulut tebal.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Subang Jaya di talian 03-78627222/03-78627100.

“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd. Suhaimi Ibrahim di talian 019-8301476 bagi membantu siasatan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN