Anggota polis tinggal di masjid selepas 4 hari dilaporkan hilang

Anggota polis tinggal di masjid selepas 4 hari dilaporkan hilang

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Seorang anggota polis yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak beberapa hari lalu akhirnya ditemukan selamat semalam.

Anggota berusia 40 tahun itu dikesan kembali ke kuarters Balai Polis USJ 8 sekitar pukul 1.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, anggota dari Balai Polis USJ 8 telah mengesan pergerakan kenderaan miliknya memasuki kawasan kuarters balai. 

“Susulan itu, pegawai penyiasat yang mengendalikan kes dimaklumkan mengenai perkara tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pasukan penyiasat kemudiannya membawa anggota berkenaan ke Balai Polis USJ 8 dan memaklumkan kepada isterinya untuk hadir ke balai bagi membuat laporan pengesahan.

“Anggota terbabit kini berada dalam keadaan selamat dan sihat. Hasil siasatan mendapati sepanjang tempoh kehilangannya, beliau berada di beberapa masjid sekitar Morib, Banting dan Putra Heights,” jelasnya.

Terdahulu, lelaki berkenaan, dikenali sebagai Mohd. Fadhil Mohamed @ Ahadiah, kali terakhir dilihat berada di rumahnya di kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Jalan USJ 8 pada 15 Oktober.

Beliau dipercayai keluar dari kediaman berkenaan dengan memandu kereta Proton Saga hitam bernombor pendaftaran WC 8024 K.

Laporan kehilangan itu dibuat oleh ahli keluarganya pada 16 Oktober lalu sekitar pukul 9.15 malam selepas mangsa gagal dihubungi untuk tempoh dua hari berturut-turut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN