Alex Marquez juara MotoGP di Sepang

Alex Marquez juara MotoGP di Sepang

ALEX MARQUEZ - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pelumba Sepanyol, Alex Marquez mengungguli perlumbaan kelas utama, MotoGP yang jarang sekali dilakukannya pada Grand Prix Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, dekat sini, hari ini.

Marquez yang mewakili pasukan BK8 Gresini Racing MotoGP itu mencatat masa terpantas 40 minit 09.249 saat (s) dalam perlumbaan 20 pusingan tersebut.

Kali terakhir adik kepada juara dunia, Marc Marquez itu bergelar juara di Sepang adalah dalam acara pecut pada edisi 2023.
Marquez juga telahpun disahkan lebih awal sebagai naib juara keseluruhan bagi musim 2025 sewaktu dia muncul naib juara dalam acara pecut, semalam.

Tempat kedua menjadi milik pelumba Sepanyol, Pedro Acosta dari pasukan Red Bull KTM Factory Racing selepas melakar masa terpantas 40:11.925s, manakala, pelumba Honda HRC Castrol, Joan Mir melengkapkan aksinya di kedudukan ketiga dengan catatan masa 40:17.297s.

Sementara itu, juara edisi lalu, pelumba Ducati Lenovo Team, Francesca Bagnaia atau lebih mesra dengan panggilan Pecco gagal menamatkan perlumbaan selepas jenteranya berdepan isu teknikal ketika berada di hujung saingan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN