ALOR SETAR: Sebanyak 18 lokasi berhampiran pantai dan muara sungai di lima daerah Kedah berdepan kemungkinan banjir ekoran fenomena air pasang besar bermula tengah malam ini hingga awal pagi Jumaat. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Mohd. Bukhori Mat Sidik berkata, berdasarkan data Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), fenomena itu diramal berlaku selama empat hari berturut-turut bermula pukul 12.45 tengah malam ini dengan ketinggian ombak 2.9 meter.…