TENOM: Tindakan pantas anggota Bomba dan Penyelamat (BBP) berjaya mengeluarkan seorang lelaki warga emas yang tersepit di dalam kenderaan dipandunya, di Jalan Tenom-Kemabong, Kampung Mensasoh, di sini, hari ini. Ketua BBP Tenom, Mudi Pengiran berkata, mangsa berusia 68 tahun yang memandu Toyota Vigo dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas sendiri kira-kira pukul 11 pagi. “Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.43 pagi dan kemudian bergerak ko lokasi kejadian sejauh 22…