Operator maut, kereta terbabas langgar pokok

Operator maut, kereta terbabas langgar pokok

KEADAAN kereta Proton Satria dipandu Kamaruzaman Kussin selepas terbabas dan melanggar pokok di Kilometer 76 Jalan Johor Bahru - Ayer Hitam, pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang operator lelaki maut selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar sebatang pokok dalam kejadian di Kilometer 76 Jalan Johor Bahru – Ayer Hitam pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Superintenden Nik Mohd Azmi Husin berkata, kejadian berlaku pada pukul 7.50 pagi, melibatkan Kamaruzaman Kussin, 32, yang memandu kereta Proton Satria.

Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan seorang diri dari arah Simpang Renggam menghala ke Ayer Hitam.

“Sebaik sampai dilokasi, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahagian kiri jalan dan melanggar sebatang pokok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Nik Mohd Azmi lagi, akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, mayat mangsa dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Maznan Mohamad berkata, pihaknya terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.

Katanya, seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam bersama sebuah kenderaan FRT telah dikejarkan ke lokasi kemalangan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×