Wanita maut jatuh dari kondominium

Wanita maut jatuh dari kondominium

BEBERAPA anggota polis memeriksa keadaan seorang wanita yang dijumpai maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah kondominium di Bayan Lepas, Pulau Pinang malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU : Seorang wanita maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah kondominium di Bayan Lepas di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 malam itu, mangsa yang ketika kejadian memakai kostum menyerupai karakter anime popular, ‘Kurumi Tokisaki’ dijumpai orang awam di kawasan parkir kenderaan berhampiran blok perumahan terbabit.

Menurut penduduk ketika ditemui, mereka menyedari kejadian tersebut selepas terdengar bunyi dentuman kuat dari arah bawah bangunan sebelum ternampak mangsa dalam keadaan yang tidak bernyawa.

“Pada mulanya, kami menyangka berlaku gegaran. Tetapi, sebaik sahaja keluar dari rumah, kami dapati ada seorang wanita sudah terbaring di atas jalan,” kata seorang penghuni yang enggan dikenali.

Difahamkan, mangsa sebelum ini sering berpakaian kostum anime dan duduk di kawasan lobi kediaman berkenaan. Kali terakhir, dia dilihat bersama seorang wanita yang dipercayai ibunya, semalam.

Dalam pada itu, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi untuk urusan bedah siasat.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN