Tiga dipenjara sebulan terlibat pemujaan tarian kuda kepang - Utusan Malaysia

Tiga dipenjara sebulan terlibat pemujaan tarian kuda kepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Tiga lelaki dihukum penjara sebulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini selepas kekal pengakuan bersalah atas pertuduhan terlibat upacara pemujaan tarian kuda kepang, bulan lalu.

Muhammad Suhai Suttry Sono, 35; Azman Mohamed Seh, 45, dan Anuar Bandi, 40, turut dikenakan tambahan hukuman penjara selama 14 hari jika gagal membayar denda dan pemantauan oleh Pejabat Agama Daerah Batu Pahat bagi tempoh enam bulan.

Semua tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan semula dibacakan di hadapan Hakim Syarie Shazwan Mohd Yusof.

Ketua-tiga tertuduh dituduh melakukan pemujaan salah yang bertentangan dengan syarak pada 10 Ogos pukul 10 malam hingga 11 Ogos pukul 1 pagi di Jalan Pasar, Parit Raja di daerah ini.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Suhail bekerja sebagai pengawal keselamatan dituduh mengikut Seksyen 3 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana melakukan kesalahan berhubung dengan akidah, manakala Azman serta Anuar bekerja sebagai mekanik motosikal dituduh bersubahat mengikut Seksyen 43(b) enakman sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan denda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Pendakwa Syarie, Ummu Salamah Sukayat manakala semua tertuduh diwakili peguam syarie.

Sebelum ini, ketiga-tiga tertuduh mengaku bersalah di atas pertuduhan berkaitan upacara pemujaan tarian kuda kepang ketika dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 30 Ogos lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×