Tang Jie-Ee Wei terima RM40,000

Tang Jie-Ee Wei terima RM40,000

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Sejarah yang dicipta skuad badminton di Kejohanan Dunia 2025 diraikan dengan ganjaran lumayan apabila dua pasangan utama negara menerima insentif khas di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM).

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, yang muncul juara dunia, masing-masing menerima RM40,000. Sementara itu, gandingan beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah, yang meraih pingat perak, menerima RM20,000 setiap seorang.

“Biasanya ganjaran Kejohanan Dunia hanyalah RM20,000 untuk emas kerana ia berlangsung setiap tahun.

“Namun kali ini, Tang Jie-Ee Wei serta Pearly-Thinaah mencatat sejarah baharu buat Malaysia dalam acara beregu campuran dan wanita.

“Jadi kita putuskan untuk beri insentif khas,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Tang Jie-Ee Wei mencipta sensasi apabila menundukkan pilihan China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, 21-15, 21-14 dalam masa 40 minit untuk menghadiahkan Malaysia emas pertama dunia dalam beregu campuran.

Sementara itu, Pearly-Thinaah tidak kurang hebat apabila mengheret aksi final tiga set menentang gandingan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning, sebelum akur tewas 14-21, 22-20, 17-21.

“Harapan saya, mereka dapat mengulangi pencapaian sama atau lebih baik pada edisi akan datang supaya insentif ini dapat berterusan,” ujar Hannah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN